Juhari lantang menyuarakan hak Sabah ketika menjadi pembahas usul politik pada Perhimpunan Agung Tahunan PGRS di Kota KInabalu
sh@editor
KOTA KINABALU: 30 Julai – Parti Gagasan Rakyat Sabah tetap komited memperjuangkan rakyat negeri ini.
Hal itu dibuktikan apabila isu dan suara rakyat khususnya akar umbi mendomanisasikan perbincangan pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Sabah di Pusat Kovensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini baru-baru ini.
Persidangan yang bermula 25-27 Julai itu dijadikan pentas bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan rakyat selain perjuangan parti, kata Ketua Bahagian PGRS Sukau, Datuk Juhari Janan.
“Semangat perjuangan yang sentiasa membara menjadi pegangan kita untuk terus bersatu demi rakyat dan kelangsungan kekuatan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan datang,” katanya dalam ucapan penuh semangat.
Beliau menegaskan, PGRS komited untuk terus membela nasib rakyat dan memberikan khidmat terbaik dalam pelbagai bentuk bantuan dan sokongan.
Menurutnya, persidangan ini menjadi platform terbaik untuk ahli bertukar-tukar pandangan dan menyampaikan mesej rakyat secara langsung.
“Kita amat optimis Gagasan Rakyat akan terus menerima sokongan padu, terutamanya daripada golongan muda. Marilah kita terus bersatu memastikan parti ini menjadi pilihan utama rakyat,” katanya lagi.
Tamat
