KINABATANGAN, 24 Jan — Kinabatangan dan Lamag ternyata kubu kuat Barisan Nasional (BN) apabila calon parti itu menang bergaya pada pilihan raya kecil.
Mohd Naim Kurniawan Moktar menang dengan majoriti 14,214 undi apabila meraih 19,852 undi bagi Parlimen Kinabatangan.
Sementara Mohd Ismail Ayub meraih 7,269 dan menang dengan majoriti 5,681 undi untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin meninggal dunia pada 5 Disember lalu.
Pengundi Kinabatangan dan Lamag membuang undi hari ini.
Bagi Parlimen Kinabatangan, Naim Kurniawan Moktar, menewaskan calon Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman yang memperoleh 5,638 undi, manakala calon Bebas, Goldam Hamid meraih 946 undi.
Sementara itu bagi DUN Lamag, calon BN Mohd Ismail atau Miha turut mengalahkan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek yang meraih 1,588 undi.
Untuk rekod Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag sememangnya dimenangi oleh BN menerusi Allahyarham Bung Moktar.
TAMAT
