Guru Besar Tan Boon Yew menyampaikan cenderahati kepada Vivian Wong
Marian Fest 2025 di SK St. Mary Town, Sandakan berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti seperti Marian Run (jogathon), pameran, gerai jualan dan cabutan bertuah. Program ini dianjurkan bersama pihak sekolah dan PIBG, dirasmikan oleh YB Vivian Wong Shir Yee, dan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Wong Kah Woh ketika lawatan kerja ke Sandakan.
Timbalan Menteri itu turut sama melawat festival tersebut. Sambutan ini bertujuan mengumpul dana bagi menaik taraf kemudahan sekolah serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat.
Tamat
