POLIS TAHAN LELAKI ATAS TUDUHAN ROGOL RAKAN SEKERJA

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU (26 MEI): Polis menahan seorang lelaki bukan warganegara atas tuduhan merogol rakan sekerja.

Polis menahan suspek berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa yang berusia 35 tahun pada 25 Mei kira-kira jam 10.00 malam.

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa dirogol di kawasan semak dan rumah kebun di Lok Bagahak di sini pagi 24 Mei.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata suspek disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Lahad Datu pada hari ini untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

TAMAT

Share This Article