WARISAN MUNGKIN TANDING 73 KERUSI

sabahheadlines
2 Min Read

SYARMILAH SALLEH

LAHAD DATU (24 MEI): Parti Warisan tidak menolak kemungkinan akan bertanding 73 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke’17 nanti.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata melihat kepada potensi kemenangan ,kedudukan dan keupayaan parti Itu untuk menang dalam PRN 17 nanti.

” Kita bukan banyak duit..terbatas tetapi saya harap Rakyat di Sabah ini bukan hanya pandang kepada duit … dan saya masih ingat dahulu..ada juga calon yang bertanding tiada duit tetapi boleh menang,katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Program Jelajah Presiden PRN 17
” Selamatkan Sabah” di Tungku pada sabtu.

“Rakyat bukan hanya memandang duit semata- mata tetapi mereka memandang bagaimana pintu rumah mereka dibuka .bagaimana pemimpin mendengar masalah mereka, tambahnya.

Kata Shafie,walaupun bergerak solo tetapi parti Itu masih memiilih kawasan – kawasan yang berpotensi untuk menang.

“Namun jika ada kawasan yang sukar untuk kita menang tetapi rakyat mahu parti ini ( Warisan) bertanding kita akan tanding…yang penting rakyat percaya kepada parti,katanya.

Ditanya jika ada pelawaan daripada mana- mana parti untuk bergabung pada PRN 17, Shafie berkata banyak parti yang berminat untuk bergabung.

Katanya,walaupun wujud pelbagai gabungan politik lain ketika ini dan banyak parti yang mahu bergabung tetapi beliau enggan bergabung.

Terdahulu di majlis itu Shafie menyampaikan watikah perlantikan kepada tujuh penyelaras pusat daerah mengundi Tungku.

TAMAT

Share This Article