KEPERCAYAAN DORONG KHIDMAT TERBAIK-FRANKIE POON

sabahheadlines
1 Min Read

OLEH: ALEEYA VILLIAMON

SANDAKAN (29 April): Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat memberi dorongan kepada Datuk Frankie Poon Ming Fung untuk memberikan khidmat yang terbaik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat itu berkata kepercayaan itu merupakan penghormatan bagi dirinya.

“Ianya memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha sebaik mungkin demi rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tanjong Papat di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat.
Antaranya peningkatan prasarana awam termasuk membaik pulih jambatan di Kampung Sim Sim dan sekitarnya.

Pemasangan lampu solar bagi meningkatkan keselamatan dan keceriaan serta membina kemudahan riadah.

Selain itu, Frankie Poon berkata, menaiktaraf balai ray dan dewan komuniti.

Menyelesaikan keperluan asas rakyat, antaranya membekalkan air kecemasan kepada penduduk apabila berlaku masalah pemberhentian bekalan air.

Membantu penduduk dalam baik pulih rumah yang usang dan tidak selamat, supaya dapat menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

Memperkukuhkan aktiviti sosial dan kebudayaan, serta program sukan, kesihatan dan pendidikan untuk mempereratkan hubungan dalam komuniti.

Menjaga kebajikan golongan rentan, termasuk bantuan bulanan untuk pesakit terlantar, warga emas, dan keluarga berpendapatan rendah.

Menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan bagi mempercepatkan projek pembangunan dan bantuan rakyat, katanya lagi.

Tamat

Share This Article