OLEH: SYARMILAH SALLEH
KUNAK: 29 April – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Kunak- Tawau pada tengahari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau,Jemishin bin Ujin memaklumkan kemalangan yang berlaku pada jam 12.54 tengahari itu melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori 5 tan, pacuan empat roda dan jenis mpv
Mangsa yang berusia 31 tahun itu merupakan pemandu pacuan empat roda dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa- mangsa yang lain, tidak mengalami sebarang kecederaan.
” Seorang mangsa iaitu pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pihak Polis dan kes tersebut diserahkan kepada Pasukan PDRM untuk tindakan selanjutnya, katanya.
Katanya, setelah memastikan keadaan selamat, operasi tersebut ditamatkan.
TAMAT
