SANDAKAN 11 APRIL- Keselamatan penguatkuasa tempatan bukan hanya diutamakan tetapi akan dipertingkatkan.
Pembantu Menteri I Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Fairuz Renddan berkata, keselamatan penguatkuasa dalam menjalankan tugas akan diperkasa..
“Kita akan mengadakan perbincangan dengan kementerian bagi meningkatkan keselamatan penguatkuasa ketika bertugas ataupun dalam melaksanakan operasi,” katanya kepada media di sini.
Fairuz ditemui selepas berjumpa dan mendengar taklimat penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan.
Katanya, peningkatan keselamatan itu termasuklah menyediakan kamera badan bagi memantau penguatkuasa dalam menjalankan tugas dan sewaktu operasi.
Menurutnya, perbincangan dengan kementerian adalah untuk alat-alat keselamatan termasuk kamera badan dibekalkan kepada penguatkuasa.
Beliau memberitahu, kementerian memandang serius kejadian penguatkuasa dipukul pada bulan lalu.
Katanya,terdapat cadangan untuk mengembalikan pemasangan cctv di kawasan hot spot.
Ujarnya, penguatkuasa perlu mematuhi peraturan termasuklah memakai uniform sewaktu menjalankan operasi.Ini kerana pemakaian uniform itu penting menunjukkan mereka adalah penguatkuasa.
