KOTA KINABALU, 13 Jan: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).
Ia merupakan kunjungan rasmi pertama Mustapha Sakmud selepas dilantik ke jawatan tersebut.
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan dasar, inisiatif dan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan, tersusun serta memberi manfaat langsung kepada rakyat di seluruh negeri.
Menurutnya, hubungan erat antara kedua-dua pihak penting dalam menjamin kemajuan berterusan Sabah, khususnya dalam aspek pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Grace Lee Li Mei.
TAMAT
