sh@ editor
KOTA KINABALU (4 JULAI): Hak Sabah harus tidak diabaikan dalam perbincangan mengenai Ambalat.
Bagaimanapun isu itu harus tidak dipolitikkan sehingga mampu menimbulkan kekeliruan dan kekaburan pemahaman di kalangan rakyat.
Presiden pertubuhan rumpun etnik sabah atau singkatanya Presbah, Haji Yahya Ahmad berkata kepentingan Sabah dalam semua perbincangan perlu bagi memastikan ianya tidak terabai. Apapun perkara itu belum dimuktamadkan dan ada ruang untuk memperhalusinya
” Kita mengingatkan perdana menteri dan kementerian yang terbabit tidak mengabaikan dari semua sudut keutamaan jika ada terlepas pandang dan kepentingan Sabah dalam semua perbincangan,” katanya ketika mengulas mengenai isu Ambalat di sini hari ini.
Beliau berkata Presbah juga meminta Kerajaan Negeri memberi penjelasan sekiranya terdapat perbincangan telah dilakukan sebelum ini.
Bagaimanapun Yahya meminta agar isu itu tidak terlalu dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat yang kurang faham.
Menurutnya rakyat tak salah memerlukan penjelasan tetapi bukan politik yang berlebihan sehingga menimbulkan kekeliruan dan ketidakfahaman.
“Medan terbaik mengadakan perbincangan pada sidang Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
“Berfikir dan bersikap biar kita semua matang dan rasional…politik biar bertempat,” katanya lagi.
Tamat
