KERAJAAN PERKENAL PENILAIAN AKADEMIK BERPUSAT MELALUI MATRIK’S PEMBELAJARAN MALAYSIA

sabahheadlines
1 Min Read

PUTRAJAYA, 20 Januari 2026 – Sistem penilaian akademik murid sekolah akan diperkasakan menerusi pengenalan Matriks Pembelajaran Malaysia yang merangkumi ujian di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bermula tahun ini murid darjah empat akan menjalani penilaian berstruktur melibatkan empat subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, di bawah penyelarasan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan menilai keberkesanan proses pembelajaran secara lebih objektif serta menjadi rujukan penting kepada pihak sekolah dan kementerian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 yang berlangsung di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut merancang pelaksanaan penilaian setara bagi murid Tingkatan Tiga bermula 2027, melibatkan lima mata pelajaran utama termasuk Sejarah.

Anwar berkata, kedua-dua penilaian tersebut akan ditadbir secara berpusat dan disatukan di bawah kerangka Matriks Pembelajaran Malaysia bagi memastikan standard pengukuran pendidikan negara lebih seragam, telus dan berdaya saing.

TAMAT

Share This Article