Datuk Isnin Aliasnih rasmikan seminar bahasa sempena 25 tahun Kota Kinabalu.

khaiz
1 Min Read

BAHASA DAN SASTERA MAMPU

PUPUK PERPADUAN SERANTAU

– DATUK ISNIN HAJI ALIASNIH

Pembantu Menteri

Kerajaan Tempatan dan Perumahan

KOTA KINABALU: Perpaduan dan persefahaman serantau mampu dipupuk menerusi bahasa dan sastera.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata penyertaan peserta daripada luar negara dalam mana-mana program bahasa dan sastera adalah bukti perpaduan dan persefahaman itu mampu dibentuk.

“Ianya (penyertaan) itu bukan sekadar peluang untuk berkongsi ilmu menerusi perbincangan tetapi ia sebenarnya membuka ruang serta peluang terbaik bagi membina, memperkukuh dan memesrakan persefahaman serta perpaduan yang sedia ada,” katanya.

Isnin sebelum itu merasmikan seminar bahasa dan sastera: Menyambung Tradisi, Menyemai Inovasi Dalam Konteks Sabah Maju Jaya di sebuah hotel di sini.

Program itu dianjurkan sempena sambutan jubli perak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) akan turut melihat dari sudut perpaduan dan persefahaman serantau pada program yang dianjurkan pada masa akan datang.

Share This Article