MARITIM KUDAT BANTUREMAJA SESAK NAFAS

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syamila Salleh

KUDAT (3 JULAI): Khidmat Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Maritim) bukan hanya tertumpu kepada Penguatkuasaan tetapi juga masyarakat.

Ini dibuktikan apabila Maritim Zon Kudat bertindak untuk membawa seorang remaja perempuan untuk di bawa ke Kudat dari Pulau Banggi bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas malam tadi.

Remaja, Anisa binti Aman Shah, 14 tahun, dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Karakit. Keadaan mendesak itu memerlukan pemindahan segera ke Hospital Kudat.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah bin Omar, pihaknya menerima maklumat dari pegawai perubatan sebelum segera menggerakkan bot Cenderawasih 10 untuk membawa pesakit ke Jeti Marina Kudat.

“Pesakit ditemani bapanya dan seorang petugas kesihatan sepanjang perjalanan. Bot kami tiba di Kudat sekitar jam 11 malam dan pesakit terus dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” jelas beliau.

Beliau menambah, Maritim Malaysia sentiasa komited untuk membantu komuniti di pulau-pulau yang menghadapi kekangan akses darat, terutama dalam situasi kecemasan.

Orang awam disaran menyalurkan maklumat sebarang insiden maritim melalui talian Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di 088-611858 atau hubungi talian kecemasan 999.

TAMAT

Share This Article