KOTA KINABALU, 20 Jan – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan dua puluh dua kompaun kepada premis makanan atas pelbagai kesalahan.
Kesalahan itu dikesan menerusi pemeriksaan dan penggredan premus makanan secara berperingkat di sekitar bandar raya sejak 5-26 Januari lalu.
Antara kesalahan itu termasuklah kegagalan pengendali memiliki kad pengendali makanan dan sijil kesihatan sah, penyelenggaraan perangkap lemak yang tidak mematuhi spesifikasi, serta pembuangan sisa makanan dan minyak ke parit awam.
Pemeriksaan dan penggredan itu dikendalikan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya.
Pemeriksaan melibatkan pusat bandar, Tanjung Aru, Damai, Manggatal dan Sepanggar.
Hasilnya, sebanyak 50 premis telah dinilai, dengan 10 memperoleh Gred A manakala 40 lagi diberikan Gred B.
Dalam tempoh sama, DBKK mengeluarkan 22 kompaun atas pelbagai kesalahan, antaranya kegagalan pengendali memiliki kad pengendali makanan dan sijil kesihatan sah, penyelenggaraan perangkap lemak yang tidak mematuhi spesifikasi serta pembuangab sisa makanan dan minyak ke parit awam.
Bagi meningkatkan standard kebersihan dan keselamatan makanan, DBKK turut memperkenalkan beberapa syarat baharu lesen premis makanan.
Ia termasuk kewajipan kawalan makhluk perosak sekurang-kurangnya dua kali setahun, premis bebas daripada lipas, lalat dan tikus, serta pencapaian markah penggredan minimum 60 peratus dengan tandas premis mencapai sekurang-kurangnya tahap empat bintang.
DBKK menegaskan komitmen untuk terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa demi memastikan persekitaran bandar raya yang lebih bersih, selamat dan lestari.
TAMAT
