LORI 10 TAN TERBABAS DI KAMPUNG SONITON & PEMANDU CEDERA

sabahheadlines
1 Min Read

PITAS, 20 Januari 2026 – Seorang lelaki berusia 63 tahun cedera selepas lori 10 tan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Soniton, Mempakad di sini petang tadi.

Ketua Balai BBP Pitas, Noor Jali Masalah berkata,
Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.18 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 31 kilometer dari balai.

Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, PBK I Farro Rynson Gusar bersama enam anggota tiba di lokasi pada jam 3.05 petang.

Bagaimanapun mangsa yang merupakan pemandu lori berkenaan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut laporan, lori berkenaan yang membawa muatan tanah dipercayai terbabas sendiri sebelum terhenti di bahu jalan.

Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Operasi dilaporkan terkawal dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.48 petang.

TAMAT

Share This Article