KOTA KINABALU ,17 MEI- Gabungan Raykat Sabah (GRS) sedia bekerjasama dengan parti politik.
Bagaimanapun kerjasama itu akan dibentuk sekiranya ia bermanfaat kepada rakyat dan Sabah.
Presiden Parti itu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata demikian kepada media pada perhimpunan agung khas Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pagi tadi.
“Dalam politik kita akan lihat seluas-luasnya…jika ia membawa kebaikkan kepada negeri, perpaduan rakyat apa salahnya kerana matlamat perjuangan kita ialah bersatu padu dan membangunkan negeri ini,” katanya kepada media di sini hari ini.
Hajiji berkata, pindaan perlembagaan parti itu selaras dengan persediaan menghadapi pilihan raya umum.
Katanya, pengemaskinian struktur parti itu bertetapan dengan persediaan menghadapi pilihan raya itu.
Beliau juga memberitahu, majlis tertinggi GRS telah pun mengadakan mesyuarat bagi persediaan menghadapi pilihan raya.
“Dalam mesyuarat tertinggi parti kita bersedia menghadapi pilihan raya …strategi kita, pengemaskinian jentera mengikut parlimen,” katanya lagi.
