TANAH RUNTUH DI KAMPUNG MASILAU DIPANTAU APM KUNDASANG

sabahheadlines
1 Min Read

KUNDASANG, 18 MEI-Kampung Masilau — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menerusi Pasukan Unit Pertahanan Awam (PUPA) Kundasang menjalankan pemantauan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kampung berkenaan petang Isnin.

Menurut laporan Sekretariat (JPBD) Ranau, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.40 petang sebelum anggota APM menjalankan pemantauan bermula jam 5.23 petang hingga 6.16 petang.

Seramai tiga anggota APM bersama sebuah ambulans dikerahkan ke lokasi bagi menilai tahap keselamatan kawasan runtuhan.

Hasil pemantauan mendapati cerun runtuh dianggarkan setinggi lapan meter dengan kelebaran kira-kira lima meter serta keluasan runtuhan sekitar lapan meter.

Setakat ini, empat mangsa dilaporkan terjejas membabitkan tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.
Pada jam 6.10 petang, anggota APM turut melakukan pemeriksaan lanjut di kawasan runtuhan dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap bagi memastikan keselamatan operasi.

Selain itu, penduduk kampung dinasihatkan agar tidak melalui kawasan runtuhan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan susulan selain diminta segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berlaku sebarang insiden.

Keadaan cuaca di kawasan terjejas dilaporkan baik dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh pihak APM.

Share This Article