TIBI DAN KUSTA TERUS DIBERI PERHATIAN

sabahheadlines
1 Min Read

JALIE MOHAMAD

SANDAKAN (7 Mei): Biarpun mencatatkan penurunan tetapi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tetap memberi perhatian serius terhadap penyakit tibi dan kusta di negeri ini.

Pengarah JKNS, Dr. Maria Suleiman berkata sejumlaj 1, 993 kes penyakit tibi direkodkan setakat Minggu Epid ke-18 tahun ini berbanding 6,099 kes untuk tempoh yang sama pada tahun lalu.

Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Semporna adalah yang tertinggi, kata Dr. Maria.

Beliau berkata JKNS akan meningkatkan lagi ativiti sebagai usaha untuk mengawal penyakit tibi.

Manakala penyakit kusta merekodkan 35 kes berbanding 57 kes pada tahun 2024.

“Kita berharap dapat mengurangkan kadar insiden dan prevalent,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia peringkat negeri di sini.

Beliau berkata kedua-dua penyakit itu boleh dikawal dan orang ramai boleh membuat saringan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Sementara itu penyelaras Parlimen Sandakan, Tang Tzu Ching berharap program itu dapat memberi kesedaran kepada orang awam.

Katanya kesedaran itu penting dan orang awam boleh membuat saringan awal.

“Pelbagai kemudahan disediakan oleh JKNS dan antaranya mengadakan klinik-klinkk bergerak.

“Kita berharap orang ramai akan membuat saringan awal,” katanya lagi.

Share This Article