BEKAS AHLI PARLIMEN SILAM MENINGGAL DUNIA

sabahheadlines
1 Min Read
Mantan YB Silam Meninggal

SH-SYARMILAH SALLEH

LAHAD DATU: 13 April – Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Dr. Salleh Kalbi meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pukul 4.40 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.

Menurut Isteri beliau, Datin Fatmah Abdul Aziz ketika dihubungi memberitahu Allahyarham telah menjalani rawatan di hospital lebih dua minggu.

Katanya,Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Firdaus Kampung Sapagaya, dijangka akan dikebumikan Tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung Terusan selepas solat Zohor hari ini.

Allahyarham merupakan wakil rakyat Barisan Nasional untuk Parlimen Silam (kini Parlimen Lahad Datu) mewakili Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Lahad Datu dan Kunak pada tahun 2008-2013.

Allahyarham terkenal dengan sifat rendah diri dan mudah didekati rakyat malah sehingga sebelum akhir hayat beliau masih meneruskan perjuangan membela rakyat di Lahad Datu melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan, Amirah Mahfuzah Syopieah
dan Amera Elezadiba Syalesiah.

Share This Article