INSENTIF UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK- EWON

sabahheadlines
2 Min Read
Ewon bersama ahli Upko memotong kek sebagai tanda perasmian

OLEH: ALEEYA VILLIAMON
SANDAKAN: 12 April – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya memperkenalkan banyak insentif kepada usahawan melalui agensi-agensi di bawah kementerianya.
Beliau berkata antaranya melalui Bank Rakyat, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar termasuk Institusi Koperasi dan Keusahawan.
“Kita juga memperluaskan kemudahan untuk rakyat melalui cabang Yayasan Bank Rakyat dan Universiti Koperasi Malaysia,”katanya kepada para pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UPKO Libaran di Rainforest Hall RDC Sepilok pada hari ini.
Pada masa yang sama, kementeriannya juga giat melaksanakan program yang bersesuai di seluruh negara termasuk di Sabah dengan pengwujudan Projek Printis Tamu Desa, Skim Geran Usahawan Bumiputeraa Sabah dan Sarawak.
“Kita juga ada Skim Pembiyaan Usahawan Tamu, Skim Latihan Keusahawan untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak yang termasuk penambahbaikan dengan memfokuskan tambahan program yang sama di Sabah,”katanya
Menurut Menteri itu, bagi penambahbaikan sistem kemudahan, pihaknya melalui Bank Bergerak akan membuka kemudahan ATM Bank dan termasuk membuka pejabat Baharu untuk pejabat Tekun Nasional di luar bandar.
Ewon yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, berkata untuk tahun lepas Sahaja sejumlah RM813juta telah disalurkan kepada 53ribu usahawan.
Katanya sambil berharap pada tahun ini, peruntukkan besar akan disalurkan kepada negeri Sabah supaya usaha memberi perkhidmatan kepada rakyat tercapai.
Bagaimanapun katanya peruntukkan itu bergantung kepada permintaan dan komitmen usahawan Sabah untuk maju melalui pengelibatan koperasi.
“Ini bergantung kepada permohonan yang di sampaikan oleh usahawan usahawan dan koperasi. Kita ada dana pusingan di setiap agensi-agensi ini dan sudah tentulah kita mahu mengerakkan budaya keusahawanan dan juga gerakan koperasi ini di kalangan rakyat Sabah,”kata sambil berkata Sabah akan menjadi tuan rumah kepada Program Karnival Keusahawan pada Mei depan.

Share This Article