TUN MUSA MAHU HASIL PENYELIDIKAN UMS BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT SABAH

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,27 SEPT – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Aman berharap hasil pelbagai penyelidikan yang dilaksanakan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat dan pembangunan negeri.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya,Tun Musa berkata hasil penyelidikan yang dilaksanakan para penyelidik UMS perlu terus diperkasakan supaya bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan ilmu malah memberi impak positif kepada masyarakat serta pembangunan Sabah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Anugerah Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (APUMS) 2026 yang berlangsung di Hotel Le Méridien Kota Kinabalu, di sini.

Majlis tahunan itu dianjurkan bagi menghargai pencapaian dan sumbangan para penyelidik UMS selain memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi serta penghasilan ilmu berkualiti.

Majlis turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah kepada penyelidik UMS sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian mereka dalam bidang penyelidikan dan penerbitan.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Mandela Malakun, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor serta pegawai-pegawai utama UMS.

Share This Article