SANDAKAN, 25 JUN – Seramai 19 orang pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan N.51 Sungai Manila menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.51 Sungai Manila, Datuk Hj. Hazeem Mubarak Bin Tun (Dr) Musa,pada kelmarin.
Majlis penyampaian watikah tersebut berlangsung di Pejabat DUN Sungai Manila dan dihadiri oleh para pemimpin masyarakat serta wakil kampung yang terlibat.
Dalam ucapannya, Datuk Hj. Hazeem menegaskan bahawa JKKK memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam memastikan setiap keperluan serta isu komuniti dapat disampaikan dan ditangani dengan berkesan.
Beliau turut berharap semua JKKK yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat demi kemajuan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan Sungai Manila.
