TAWAU, 23 JUN- Mahkamah Sesyen Tawau hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang pelayan restoran warga Indonesia selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdagangkan seorang remaja perempuan bagi tujuan eksploitasi seksual.
Hakim Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Nur Aisyah Udin, 20, sejurus pengakuan bersalah dibuat selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Tertuduh Nur Aisyah Udin (20 tahun, warga Indonesia, tiada dokumen pengenalan diri yang sah didakwa mengeksplotasikan seorang remaja berusia 17 thun bagi tujuan seksual di sebuah inaap desa di Jalan Msjid pada 2 Jun lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen Dakwaan: Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Selain kesalahan pemerdagangan orang, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Keputusan Mahkamah: Hakim Ahmad Faizadh memerintahkan kedua-dua hukuman penjara tersebut dijalani secara berasingan. Beliau turut mengarahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas selesai menjalani hukuman.
Kes pendakwaan dikendalikan bersama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif dan Suhayl Aminin Sallehuddin. Manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam sepanjang prosiding berlangsung.
