BANJIR DI BEAUFORT LIMA JALAN DITUTUP, PERKHIDMATAN KERETA API TERJEJAS

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 26 Feb – Hujan berterusan dan peningkatan paras air sungai telah menyebabkan lima jalan utama di Beaufort ditutup sepenuhnya, iaitu Jalan Bintuka, Jalan SRK Batu 60, Jalan Lumatai, Jalan Binunuk dan Jalan Luagan.

Jalan Kota Kinabalu–Sindumin berhampiran Petronas Bakalau hanya boleh dilalui satu lorong; orang ramai dinasihatkan menggunakan Jalan Haji Akhbar Khan sebagai laluan alternatif.

Perkhidmatan kereta api turut terjejas; laluan Sembulan–Beaufort kini hanya sampai Stesen Bongawan, dan laluan Beaufort–Sembulan bermula dari Stesen Bongawan.

JKR Sabah telah melaksanakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dan akan mengemas kini status jalan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Oleh : Jalie mohamad

Share This Article