OLEH: SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU -27 April- Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan komitmennya membawa perubahan terhadap nasib rakyat dan negeri Sabah.
Beliau berkata, perjuangan untuk mengubah nasib rakyat dan membangunkan Sabah memerlukan kestabilan politik, komitmen tinggi dan kesungguhan berterusan pemimpin.
Ini katanya termasuklah mewujudkan lembaga Pembangunan Pantai Timur Sabah.
“Ini merupakan satu manifesto atau tawaran-tawaran baharu kita tapi kita akan perincikan nama dia dimana jawatankuasa ini boleh mengemukakan dan memutuskan pembangunan apa yang perlu dilaksanakan di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Semporna,” katanya.
“Saya melihat perlu ada satu jawatankuasa yang boleh mengemukakan dan memfokuskan pembangunan di daerah – daerah ini,katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi, di Lahad Datu pada ahad.
” Kita lebih 60 tahun merdeka tapi rakyat Sabah masih seolah tidak merdeka dan perkara ini perlu dituntaskan dan Kita tidak mahu menoktahkan kemiskinan tegar di atas kertas semata- mata tetapi kita noktahkan dengan realiti.
“Sabah mempunyai hasil yang kaya raya tapi tidak dimanfaatkan sebaliknya kita mendapat video yang kurang baik untuk ditonton,.tambahnya.
Dalam pada itu Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, beliau turut mengemukakan kepada Persekutuan agar memberi perhatian terhadap masalah
banjir yang kerap berlaku di kawasan Segama.
“Saya faham Mohamaddin berusaha keras dan saya telah kemukakan permintaannya kepada Persekutuan dan InsyaaAllah kita minta kerajaan persekutuan bantu selesaikan masalah banjirnya,” ujarnya.
TAMAT
