KOTA BELUD-20 Dis, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kelima bagi Minun binti Kasim, 83 tahun, yang dipercayai hilang di Kampung Tambulion Laut, ditangguhkan pada jam 6 petang hari ini selepas mangsa masih belum ditemui.
Mangsa kali terakhir dilihat pada 15 Disember 2025, jam 5.30 petang.
Operasi hari ini bermula seawal 8.21 pagi dengan lima sektor pencarian melibatkan kawasan perumahan, muara, perkuburan dan kampung berdekatan.
Operasi diketuai PBK I Thomas Bolu dengan kerjasama 12 anggota BBP Kota Belud, Unit K9, Unit Drone, PDRM, APM, RELA dan penduduk kampung.
Komander Operasi Kanan, Elge Bakuk memaklumkan operasi akan disambung esok dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi 017-601 5922.
TAMAT
