KOTA KINABALU, 7 MEI– Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang anjuran Hal Ehwal Anak Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya malam ini di Hilton Kota Kinabalu.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Mohd Ariffin Mohd Arif selaku Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama Sabah.
Pelbagai anugerah telah disampaikan sebagai penghargaan kepada individu dan pasukan yang menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam memperkukuhkan institusi Mahkamah Anak Negeri di seluruh Sabah.
Antara penerima utama ialah OKK Haji Awang Zakaria bin Haji Maria yang menerima Anugerah Ketua Daerah Terbaik 2024/2025 atas kepimpinan dan dedikasi beliau dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.
Turut menerima pengiktirafan ialah Mahkamah Anak Negeri Sandakan yang dianugerahkan Anugerah Kecekapan Pengurusan MAN (Kewangan), manakala Mahkamah Anak Negeri Ranau menerima Anugerah Kecekapan Pengurusan MAN (Pentadbiran).
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024/2025 ialah Mortnie Juni, Mohd Nazri bin Jahri, Putra Hammady bin Masbak, Shah Farizah binti Zulkifli, Abdul Afiq bin Abdul Lali dan Jurizzah binti Juraimie.
Bagi Anugerah Pengarah Cemerlang 2024/2025 pula, penerimanya ialah Mohd Hairul bin Abdul Rahman, Mas Syahmi bin Masood dan Nur Aziemah Awang.
Anugerah Ketua Daerah Terbaik 2024/2025 turut diberikan kepada Dominic Ganie, Kumin bin Gabpai dan Jusison bin Said.
Sementara itu, Dick Renald bin Donald menerima Anugerah Ketua Anak Negeri Terbaik 2024/2025, manakala Mohammad Asri bin Matkasim menerima Anugerah Ketua Anak Negeri Terbaik Rekod Kehadiran 2024/2025.
Anugerah Pasukan Terbaik JHEANS 2025 pula diberikan kepada Syaheeda binti Hamdani, Mohammad Nazri bin Jamiri, Mas Syahmi bin Masood, Azimah Atherah binti Jamaluddin, Nazrul Shazreen bin Osmond dan Mohd Alfarizul bin Osthman.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada warga institusi Mahkamah Anak Negeri malah turut memperkukuhkan semangat kerjasama dan komitmen dalam memartabatkan sistem perundangan adat negeri Sabah.
