SANDAKAN, 5 OGOS- Tiga individu cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Bulatan Jalan Batu 9, di sini, petang tadi.
Kesemua mangsa yang tercedera telah dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Insiden berkenaan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan bulatan sebelum anggota Polis tiba di lokasi bagi mengawal serta melancarkan pergerakan kenderaan.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan berhati-hati, terutamanya ketika melalui kawasan bulatan.
