SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 SANDakan BREAST CANCER SUPPORT ASSOCIATION KUTIP RM42,000

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,4 November – Sambutan ulang tahun ke-20 Sandakan Breast Cancer Support Association Sabah berlangsung penuh bermakna menerusi penganjuran 20th Anniversary and Pink Fundraising Dinner bertemakan “Together in Pink, Stronger in Hope” di Sabah Hotel.

Majlis yang turut mencatat sejarah sebagai makan malam amal pertama persatuan sejak 2018 itu berjaya mengumpul dana sebanyak RM42,000 bagi menyokong kesinambungan pelbagai aktiviti kebajikan dan program persatuan.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag yang diwakili oleh Datin Merdeline Haji Albaris bagi menyempurnakan upacara perasmian.

Dana yang dikumpulkan akan dimanfaatkan bagi meneruskan empat bidang utama persatuan iaitu meningkatkan kesedaran melalui program komuniti, pendidikan menerusi ceramah dan bahan maklumat, sokongan kepada pesakit, bekas pesakit kanser payudara (survivors) serta keluarga, selain bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

Sambutan dua dekad ini bukan sekadar meraikan perjalanan persatuan malah menjadi simbol kekuatan, keberanian, harapan dan solidariti masyarakat dalam memberikan sokongan kepada individu yang sedang berjuang melawan kanser payudara.

Share This Article