RUMAH JENIS TIDAK KEKAL MUSNAH 80 PERATUS DALAM KEBAKARAN DI RESIDENSI BORNEO COVE

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 5 OGOS — Sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 30′ x 50′ kaki musnah kira-kira 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran di Lot 13, Jalan Buli Sim-Sim, Residensi Borneo Cove, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 11:03 pagi.

Sepasukan 15 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan telah digerakkan dan tiba di lokasi kejadian yang terletak sejauh dua kilometer pada jam 11:06 pagi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Alan bin Ayuh, pasukan bomba bertindak pantas melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan.

Sumber air bagi pemadaman diperolehi terus daripada tangki jentera Water tanker.

Operasi yang turut dipantau oleh Komander Operasi Kanan, PKPgB Jimmy Lagung itu berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 11:08 people agi iaitu kira-kira dua minit selepas ketibaan jentera di lokasi.

Pasukan bomba turut menggerakkan beberapa aset logistik ke lokasi termasuk masing-masing sebuah jentera FRT, CFRT, Water Tanker, dan unit EMRS.

Tiada sebarang mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 12:38 tengah hari manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam proses siasatan.

Share This Article