SUSPEK KES REMAJA PEREMPUAN DIKELAR BERJAYA DITAHAN

sabahheadlines
1 Min Read

PENAMPANG, 7 MEI- Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes seorang remaja perempuan yang ditemui berlumuran darah di Kampung Tuntuluk, Nosoob, di sini petang tadi.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu diberkas sepasukan polis kira-kira jam 5.30 petang selepas operasi mengesan dilancarkan susulan kejadian berkenaan.

Terdahulu mangsa berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan cedera di bahagian leher dipercayai akibat dikelar sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan suspek dalam masa terdekat.

Share This Article