sh@Syarmilah Salleh
LAHAD DATU, 16 Ogos – Polis DiTaja Malaysia (PDRM) Lahad Datu sentiasa berusaha mrnjalinkan hubungan yang erat dan mesra dengan masyarakat.
Salah satu usaha itu dengan menganjurkan Program Community Engagement: Haru Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Bersama Masyarakat di Taman Warisan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hj Dzulbaharin Hj Ismail berkata, program itu dilaksanakan sebagai usaha merapatkan hubungan polis dengan masyarakat setempat selaras dengan slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
Menurutnya, pendekatan itu bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti menyuarakan isu keselamatan secara terus kepada pihak polis, malah meningkatkan keyakinan terhadap peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pencegahan jenayah.
“PDRM bukan sekadar menguatkuasakan undang-undang dan menangkap penjenayah, tetapi turut memberi penekanan kepada usaha mendekati masyarakat. Penglibatan komuniti amat penting kerana ia membantu mencegah jenayah dari peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.
Pelbagai pengisian disediakan termasuk kaunter khidmat pelanggan PDRM, Kaunter AMANITA yang memberi penerangan mengenai aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), pendaftaran Rakan AMANITA, serta kaunter semakan dan pembayaran saman trafik.
Selain itu, ceramah kesedaran jenayah turut disampaikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ancaman jenayah semasa dan langkah pencegahan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Supt. Jimmy Panyau; Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu, Mohd Lukman Syarifuddin; ketua-ketua bahagian IPD Lahad Datu; serta Pengerusi Rakan AMANITA, Sukarni Endoh.
Secara keseluruhan, program berkenaan berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh kerjasama PDRM bersama komuniti ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih sejahtera dan selamat.
TAMAT
