PERHIMPUNAN BULANAN LKM PERKUKUH KOMUNIKASI, FOKUS PERKASA INDUSTRI KOKO

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 14 APRIL – Lembaga Koko Malaysia (LKM) terus memperkukuh kesepaduan organisasi menerusi penganjuran Perhimpunan Bulanan April 2026 yang menghimpunkan barisan pengurusan serta warga kerjanya di Ibu Pejabat LKM, di sini, kelmarin.

Perhimpunan itu melibatkan penyertaan kakitangan dari Ibu Pejabat Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) serta Ranau sekali gus menjadi platform penting dalam menyelaras hala tuju dan mempertingkat komunikasi dalaman organisasi.

Pengerusi LKM, Datuk Matbali Musah dalam amanatnya menekankan kepentingan kesiapsiagaan warga kerja dalam mendepani cabaran semasa selain berkongsi perkembangan terkini serta perancangan strategik ke arah memperkukuh pembangunan industri koko negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah LKM Tuan Haji Shari Fuddin dalam ucapan aluannya menggesa seluruh warga LKM agar sentiasa mematuhi arahan serta peraturan semasa termasuk pelaksanaan langkah penjimatan sejajar dengan situasi ekonomi semasa negara.

Menurutnya, komitmen berterusan daripada semua peringkat warga kerja amat penting bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif organisasi dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Perhimpunan berkenaan turut berperanan sebagai medium untuk memupuk semangat kebersamaan, meningkatkan motivasi serta mempererat hubungan dalam kalangan warga kerja LKM.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) (Tanggung Kerja), Dr. Albert Ling Sheng Chang, serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) (Tanggung Kerja), Rashid Remat.

Share This Article