RUMAH TERBAKAR DI TAMAN PERIKANAN, WANITA DAN KANAK-KANAK SELAMAT

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 3 SEPT – Seorang wanita dan seorang kanak-kanak terselamat selepas sebuah rumah di Taman Perikanan, Jalan Sungai Batang, Batu 10 di sini terbakar pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika kedua-dua mangsa dipercayai berada di dalam rumah berkenaan.

Bagaimanapun kedua-duanya berjaya diselamatkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan tindakan keselamatan dan memastikan keadaan terkawal.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Keseluruhan operasi dan siasatan berkaitan kejadian sedang dijalankan.- Jalie Mohamed

Share This Article