LEBIH 2,000 KONTINJEN SKTS RANCAKKAN EKONOMI SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 8 November – Kehadiran lebih 2,000 kontinjen daripada pelbagai kementerian dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sempena Sukan Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) di Sandakan dijangka memberi limpahan ekonomi kepada daerah itu sepanjang penganjuran berlangsung.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kehadiran kontinjen yang berkampung selama seminggu di Sandakan itu memberi peluang kepada sektor perniagaan dan perkhidmatan tempatan untuk menerima manfaat ekonomi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kementerian telah melaksanakan jelajah ke 20 PBT bagi mengenal pasti isu serta cabaran yang dihadapi setiap pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, terdapat isu yang boleh diselesaikan dalam tempoh singkat manakala sebahagian lagi memerlukan pendekatan penyelesaian secara berperingkat.

Beliau yakin setiap presiden, pegawai eksekutif dan ahli majlis mempunyai keupayaan serta pengalaman untuk memastikan PBT masing-masing terus mencapai kecemerlangan.

Katanya, kementerian akan terus memberikan sokongan bagi membantu memperkukuh keupayaan semua PBT di Sabah.

Share This Article