SANDAKAN,10 OGOS – Fenomena langit berwarna jingga kemerahan ketika matahari terbit mencuri perhatian penduduk di sekitar Sandakan pagi dengan cahaya matahari kelihatan lebih merah dan terang berbanding keadaan biasa.
Pemandangan berkenaan dirakam orang ramai sekitar jam 6.30 pagi memperlihatkan matahari muncul di ufuk dengan cahaya jingga kemerahan yang memenuhi ruang langit.
Fenomena itu berlaku ketika Sabah kini berdepan keadaan atmosfera berjerebu susulan peningkatan aktiviti kebakaran hutan dan tanah gambut di Kalimantan, Indonesia.
