KOTA KINABALU,9 Dis- Kerjasama strategik dengan pemain industri menjadi antara asas utama dalam menjayakan wawasan Sabah First yang digerakkan Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, kata Datuk Ewon Benedick.
Timbalan Ketua Menteri III itu berkata dasar berkenaan akan membangunkan tiga ekosistem utama melibatkan pelaburan, perniagaan dan keusahawanan, selain memperkukuh standard dan kualiti produk serta perkhidmatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-42 dan upacara angkat sumpah kepimpinan baharu Federation of Sabah Industries (FSI), semalam.
Ewon berkata kementeriannya akan memulakan siri libat urus bersama FSI dan pertubuhan industri lain bermula Januari 2026 bagi memperkukuh rangka kerja sokongan perindustrian, selain menegaskan penggabungan portfolio pengangkutan dalam kementeriannya sebagai langkah strategik memperkukuh konektiviti dan logistik negeri.
TAMAT
