TENAGA KERJA DIBERIPERHATIAN: ISNIN

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU (9 DISEMBER): Masalah kekurangan tenaga kerja di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) petlu diberi perhatian.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata usaha dan tindakan perlu dilakukan.

“Masalah itu bukan masalah baharu tetapi sudah lama berlaku …kita perlu beri perhatian dan seterusnya mengambil tindakan,” katanya di sini hari ini.

Isnin ditemui selepas menghadiri taklimat JHEAINS di Wisma Majlis Ugana Islam Sabah.

Pada taklimat itu, Isnin dimaklumkan mengenai masalah kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh jabatan itu.

Antaranya kakitangan khususnya di daerah dan juga kekurangan guru bagi Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Menangah Agama Negeri (SMAN).

Isnin berkata beliau akan berusaha bagi memastikan masalah itu dapat diambil tindakan.

“Ia bukan masalah baharu tetapi sudah lama …perkara ini akan saya beri perhatian,” katanya lagi.

Isnin juga berkata, sekolah menengah agama yang ada ketika ini perlu ditambah.

Katanya, jumlah SMAN yang ada ketika ini masih perlu ditambah memandangkan bilangan pelajar meningkat setiap tahun.

“Perkara ini juga perlu diberi perhatian dan diambil tindakan,” katanya lagi.

TAMAT

Share This Article