KERAJAAN TIDAK ABAI SYIAR ISLAM

sabahheadlines
1 Min Read

BEAUFORT (14 JANUARI): Kerajaan tidak mengabaikan syiar Islam meskipun berpegang kepada prinsip keadilan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata, kerajaan juga tidak mengetepikan agama lain di negeri ini.

“Kita berpegang kepada prinsip keadilan dan tiada agama yang dipinggirkan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Isnin sebelum itu merasmikan Majlis Tilawah al-Quran peringkat daerah Beaufort.

Katanya, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sentiasa menegaskan prinsip itu dan itulah yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak lima tahun lalu sehinggalah sekarang.

Menurutnya, kerajaan akan terus membantu memperkasa dan mengembangkan syiar Islam di negeri ini.

Isnin juga memberitahu, konsep hormat-menghormati juga terus diamalkan.

Menerusi konsep inilah, katanya, kesejahteraan di kalangan rakyat terus dipertingkatkan.

TAMAT

Share This Article