AMIRSHAH YAAKUB DILANTIK PPM SUNGAI SIBUGA

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 20 Jan – Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub dilantik sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Sibuga.

Selain Amirshah, Timbalan Ketua Bahagian PGRS Gum-Gum, Datuk Jaffari William turut dilantik sebagai PPM Gum-Gum.

Majlis Angkat Sumpah diadakan Selasa lalu dan watikah pelantikkan diserahkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Kerajaan Negeri Sabah meneruskan usaha memperkasa pentadbiran akar umbi menerusi Majlis Penyerahan Watikah dan Angkat Sumpah Pelantikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di bawah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang berlangsung di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Kerajaan negeri memaklumkan, pelantikan tersebut bertujuan memperkemas penyampaian dasar serta program pembangunan kepada rakyat.

Selain memastikan kebajikan masyarakat di setiap kawasan dapat ditangani secara lebih berkesan.

Langkah berkenaan sekali gus menzahirkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memperkukuh peranan PPM sebagai penghubung utama antara pentadbiran kerajaan dan komuniti setempat.

TAMAT

Share This Article