HARI SUKAN MERDEKA PIALA HMM 2026 SEMARAK SEMANGAT PATRIOTISME DI SUNGAI MANILA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,16 SEPT – Semangat kemerdekaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Hari Sukan Merdeka Piala HMM 2026 yang menghimpunkan komuniti setempat dalam pelbagai aktiviti sukan dan santai di perkarangan PPR Taman Muhibbah, Batu 12, di sini, baru-baru ini.

Program berkenaan turut dihadiri Datuk Hazem Mubarak Tun Dr. Musa, ADUN N.51 Sungai Manila yang turut bersama-sama memeriahkan program anjuran Pergerakan Pemuda DUN Sungai Manila itu.

Penganjuran Hari Sukan Merdeka Piala HMM 2026 bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memperkukuh hubungan silaturahim antara kepimpinan pemuda dan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang program antaranya pertandingan futsal, sepak takraw dan bola tampar selain pertandingan mewarna, pameran kereta serta pelbagai aktiviti santai bersama komuniti.

Suasana meriah sepanjang program turut memperlihatkan penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti yang bukan sahaja berteraskan sukan malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara komuniti.

Penganjuran program berkenaan sekali gus mencerminkan usaha berterusan dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat di DUN N.51 Sungai Manila.

Share This Article