KANAK-KANAK HILANG DIHANYUT ARUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

sabahheadlines
1 Min Read

PAPAR, 25 JUN – Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus sungai di Kampung Mandalipau sejak Selasa lalu ditemukan meninggal dunia petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Ronny Sikawan berkata, mangsa berusia lapan tahun itu ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tersangkut pada paip pam air di Kampung Manggis kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, pasukan bomba yang menerima maklumat pada jam 5.02 petang segera ke lokasi sebelum mengesahkan penemuan mangsa dan mengangkat mayat dari sungai untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Papar Water Rafting dengan pencarian dijalankan di beberapa kawasan sungai dalam radius kira-kira tiga kilometer.

Operasi SAR yang bermula jam 10 pagi itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.12 petang selepas mangsa berjaya ditemukan.

Mangsa sebelum ini dipercayai tergelincir lalu dihanyutkan arus ketika bermain di tepi Sungai Kampung Mandalipau pada pagi Selasa. Operasi pencarian yang digerakkan sejurus selepas kejadian gagal menemukan mangsa sehingga hari ketiga pencarian

Share This Article