LAHAD DATU, 27 SEPT– Hari ketiga Ijtimak Jemaah Tabligh Lahad Datu 2026 berlangsung dengan pengisian Bayan Subuh di Medan Ijtimak, Palm Height pagi tadi yang disampaikan Ustaz Che Hamid bin Chin, Pensyarah Miftahul Ulum, Sri Petaling.
Program yang bermula jam 5.40 pagi itu menghimpunkan lebih 20,000 jemaah terdiri daripada peserta dari seluruh Sabah, Semenanjung Malaysia serta beberapa negara luar. Program tersebut diadakan selama tiga hari bermula pada 25 September hingga 27 September.
Pengisian Bayan Subuh memberi penekanan kepada pengukuhan iman, kepentingan niat dalam amalan, kekuatan doa, akhlak serta penghayatan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Secara keseluruhannya pada peserta Ijtimak berpendapat penganjuran kali ini mendapat sambutan yang positif bukan sahaja dari dalam daerah bahkan dari negara-negara luar dan kawasan medan ijtimak juga lebih teratur dan tersusun berbanding sebelumnya.
Mereka menzahirkan rasa syukur dan berharap penganjuran seumpama itu dapat diteruskan dan sesi Bayan Subuh memberi inspirasi kepada golongan belia selain peringatan tentang kewajipan menjagai solat,akhlak dan hubungan sesama manusia.
