KERAJAAN GRS SOKONG UNDANG UNDANG ANTI BULI

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

SANDAKAN (5 SEPTEMBER): Kerajaan negeri menyokong cadangan mewujudkan undang-undang anti buli.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerajaan negeri ketika ini sedang mengkaji mengenai rang undang-undang anti buli itu.

“Kita sedang mengkaji perkara itu tetapi kita menyokong satu rang undang-undang anti buli diadakan di Sabah,” katanya kepada media di sini hari ini.

Ditanya bila rang undang-undang itu akan dibentangkan Hajiji berkata ia akan dibentangkan di dewan undangan negeri.

“Ia akan dibentang di dewan undangan negeri pada sidang akan datang …selepas pilihan raya,” katanya.

Hajiji sebelum itu menghadiri Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di dewan masyarakat di sini.

Pada sambutan itu, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah, Datuk Diyanah Abdullah masing-masing diumumkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Sabah bagi tahun ini untuk kategori lelaki dan wanita.

Tamat

Share This Article