HAJIJI HADIRI MESYUARAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI KE -149

sabahheadlines
1 Min Read

KUALA LUMPUR, 23 JUN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 yang berlangsung di Bangunan Parlimen pada selasa.

Beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghimpunkan Menteri Besar serta Ketua Menteri dari seluruh negara bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri.

Mesyuarat berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ke arah memastikan pelaksanaan dasar serta agenda pembangunan negara berjalan dengan lebih berkesan.

Share This Article