Bekas Suami Ditahan Disyaki Buat Ugutan Terhadap Wanita

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 4 Februari 2026 – Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki mengugut bekas isterinya dalam satu kejadian di kawasan Bandar Sri Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita yang mendakwa didatangi bekas suaminya ketika berada di tapak jualan.

Menurutnya, lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai bertindak agresif serta mengeluarkan kata-kata ugutan sehingga mangsa berasa bimbang terhadap keselamatannya.

“Bertindak atas laporan yang dibuat, suspek telah ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah.

Share This Article