SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
8 MAC 2025
LAHAD DATU: Parti Warisan akan kekal bergerak sendiri tanpa sebarang gabungan daripada mana- mana parti politik.
Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohamad Shafie Hj Apdal, memaklumkan setakat ini belum ada
keputusan mengenai kerjasama antara UMNO dan Warisan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Iftar Presiden Parti WARISAN Bersama Masyarakat N.60 Tungku di sini pada sabtu.
Katanya, parti WARISAN akan mengekalkan kekuatan di Sabah seperti kejayaannya sebelum ini yang pernah memenangi 29 kerusi dan meraih sebahagian besar undi.
Terdahulu Shafie menyampaikan sumbangan Raya kepada golongan asnaf di majlis itu.
