Arifin Tinjau Penambahbaikan Ruang Dalaman Masjid Negeri Sabah

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,4 FEB – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif telah mengadakan lawatan ke Masjid Negeri Sabah bagi meninjau kerja-kerja penambahbaikan serta hiasan dalaman baharu di aras bawah masjid berkenaan.

Lawatan itu bertujuan melihat kemajuan serta hasil sentuhan baharu yang memberi wajah lebih segar dan selesa kepada ruang masjid, khususnya bagi kemudahan jemaah.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Isnin Haji Aliasnih, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani serta Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Ramlan Awang Ali.

Share This Article