KEBUN DAPUR PERKASA ISI RUMAH, KURANGKAN KOS SARA HIDUP – JAWAWI

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU, 30 Jan – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Haji Jamawi Jaafar menyeru seluruh warga kementerian agar memperkukuh komitmen dalam menyokong pelaksanaan Inisiatif Kebun Dapur sebagai langkah strategik meningkatkan keselamatan makanan dan menggalakkan amalan berdikari dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, kejayaan inisiatif berkenaan bergantung kepada peranan aktif pegawai dan kakitangan kementerian sebagai penggerak utama termasuk dari aspek perancangan, pelaksanaan dan promosi di peringkat komuniti.

Menurutnya, Inisiatif Kebun Dapur bukan sekadar aktiviti pertanian berskala kecil, sebaliknya satu pendekatan menyeluruh untuk memperkasa isi rumah, mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan kesedaran terhadap pertanian asas.

Jamawi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 yang berlangsung di sini, malam ini.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa kecemerlangan perkhidmatan awam perlu berpaksikan kecekapan, integriti dan akauntabiliti serta keupayaan memberi impak nyata kepada rakyat, di samping menegaskan amalan toleransi sifar terhadap ketirisan, kecuaian dan penyalahgunaan kuasa.

Majlis tersebut turut dihadiri Pembantu Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Haji Ruslan Muharam dan Datuk Hendrus Anding; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Leonard Stephen Poyong; Timbalan Setiausaha Tetap (Perikanan dan Terbakan) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana APC MAFFI 2025, Maria David Edick, serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian.

TAMAT

Share This Article