RUMAH SMJ BANTU KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI KADAMAIAN

sabahheadlines
1 Min Read

KADAMAIAN, 31 Januari 2026 – Sebuah keluarga di Kampung Piasau, Kadamaian bakal menerima rumah baharu di bawah inisiatif Rumah SMJ selepas permohonan mereka diluluskan hasil lawatan dan penilaian yang dijalankan hari ini.

Lawatan tersebut melibatkan kunjungan ke kediaman nenek Julinah sekeluarga bagi meninjau keadaan tempat tinggal sedia ada yang memerlukan perhatian segera. Hasil tinjauan mendapati keluarga berkenaan layak dipertimbangkan untuk pembinaan rumah baharu yang dijadualkan dilaksanakan dalam tahun ini.

Pembinaan rumah itu diharap dapat menyediakan kediaman yang lebih selesa serta memberi dorongan positif kepada ahli keluarga, khususnya cucu-cucu yang masih bersekolah, untuk terus berusaha meningkatkan kehidupan mereka.

Dalam pada itu, keluarga terbabit turut menerima sumbangan di bawah peruntukan Sentuhan Kasih ADUN Kadamaian sebagai bantuan sementara bagi meringankan keperluan harian mereka.

TAMAT

Share This Article